Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

66) ECO TOURISM SUNGAI PELEK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Saya percaya penambahbaikan sistem akses di DUN Sungai Pelek boleh menggalakkan Eco Tourism. Apakah rancangan yang telah diadakan oleh Kerajaan Negeri setakat ini?

    Pihak Majlis Perbandaran Sepang telah menerima peruntukkan sebanyak   RM50,000.00 seperti pecahan berikut:-

    1. Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan 20,000.00

    Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru (melalui surat bertarikh 24 April 2018, no.ruj (23) dlm.IPK.SEL.SPBT.400-4/2/3 Jld.8)

     

    1. Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda 20,000.00

    Dan     Sukan,     Kebudayaan     Dan    Pembangunan

    Usahawan melalui email bertarikh 16 April 2018

     

    1. Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, 10,000.00 Peradaban Melayu dan Warisan melalui surat permohonan bertarikh 27 Februari 2018.

     

    Peruntukan tersebut telah digunakan sepenuhnya untuk menjayakan program-program Pesta Pantai Bagan Lalang @ Sepang 2018. Program-program yang telah dijalankan ialah:

     

    1. Trio Obstacle Run
    2. Pertandingan Wau Tegak;
    3. Pertandingan Silat Pantai Antarabangsa @ Sepang;
    4. Pertandingan Tarik Tali Pantai;
    5. Persembahan Artis (Floor 88 dan X-Pose band);
    6. Pertandingan Fotografi ‘Bagan Lalang @ Sepang’;
    7. Pertandingan Istana Pasir;
    8. Permainan Tradisional (Dam Aji, baling tin);
    9. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
    10. Cabutan Bertuah;
    11. Persembahan Kebudayaan;
    12. Booth pameran dan jualan;
    13. Program Terokai Sg.Sepang Besar;
    14. Pasar Basah di Jeti Sg.Sepang Besar;
    15. Food Truck Gathering;
    16. Sukan Air (Kayak, banana boat); dan
    17. PeBT Idol @ Sepang
    18. Frisbee Pantai @ Bagan Lalang (PeBT)

     

    Antara program yang telah mendapat sambutan ialah Program Menyusuri Sg. Sepang Besar yang mana telah dijalankan selama 2 hari pada 18 dan 19 Ogos 2018 yang melibatkan seramai 20,000 orang pengunjung.

     

    Majlis Perbandaran Sepang juga telah merangka program Tahun Melawat Sepang 2020 yang mana akan turut memberi penekanan pengumpulan produk-produk yang berpotensi sebagai eco tourism dalam proses kajian pengumpulan data yang dijangka siap pada hujung tahun ini dan pembangunan infrastruktur dengan menaiktaraf jeti Sg. Sepang Besar berkonsepkan ‘water front’.

    Pihak Majlis Perbandaran Sepang telah menerima peruntukkan sebanyak   RM50,000.00 seperti pecahan berikut:-

    1. Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan 20,000.00

    Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru (melalui surat bertarikh 24 April 2018, no.ruj (23) dlm.IPK.SEL.SPBT.400-4/2/3 Jld.8

    1. Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda 20,000.00

    Dan     Sukan,     Kebudayaan     Dan    Pembangunan

    Usahawan melalui email bertarikh 16 April 2018

    1. Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, 10,000.00 Peradaban Melayu dan Warisan melalui surat permohonan bertarikh 27 Februari 2018.

    Peruntukan tersebut telah digunakan sepenuhnya untuk menjayakan program-program Pesta Pantai Bagan Lalang @ Sepang 2018. Program-program yang telah dijalankan ialah:

    1. Trio Obstacle Run
    2. Pertandingan Wau Tegak;
    3. Pertandingan Silat Pantai Antarabangsa @ Sepang;
    4. Pertandingan Tarik Tali Pantai;
    5. Persembahan Artis (Floor 88 dan X-Pose band);
    6. Pertandingan Fotografi ‘Bagan Lalang @ Sepang’;
    7. Pertandingan Istana Pasir;
    8. Permainan Tradisional (Dam Aji, baling tin);
    9. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
    10. Cabutan Bertuah;
    11. Persembahan Kebudayaan;
    12. Booth pameran dan jualan;
    13. Program Terokai Sg.Sepang Besar;
    14. Pasar Basah di Jeti Sg.Sepang Besar;
    15. Food Truck Gathering;
    16. Sukan Air (Kayak, banana boat); dan
    17. PeBT Idol @ Sepang
    18. Frisbee Pantai @ Bagan Lalang (PeBT)

     

    Antara program yang telah mendapat sambutan ialah Program Menyusuri Sg. Sepang Besar yang mana telah dijalankan selama 2 hari pada 18 dan 19 Ogos 2018 yang melibatkan seramai 20,000 orang pengunjung.

    Majlis Perbandaran Sepang juga telah merangka program Tahun Melawat Sepang 2020 yang mana akan turut memberi penekanan pengumpulan produk-produk yang berpotensi sebagai eco tourism dalam proses kajian pengumpulan data yang dijangka siap pada hujung tahun ini dan pembangunan infrastruktur dengan menaiktaraf jeti Sg. Sepang Besar berkonsepkan ‘water front’.

Lampiran

Tiada Lampiran.