Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

1) ECRL

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini projek ECRL di Negeri Selangor?

    Pada masa ini, tiada rundingan diadakan di antara kedua-dua pihak kerajaan kerana projek tersebut masih ditangguhkan untuk semakan dan kajian semula pelaksanaannya oleh Kerajaan Persekutuan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, di peringkat Kerajaan Negeri Selangor, tiada sebarang kelulusan dimuktamadkan bagi pelaksanaan projek ECRL yang melibatkan sebahagian kawasan di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, sekiranya projek ini diputuskan untuk diteruskan pelaksanaannya oleh Kerajaan Persekutuan, pihak MRL perlu mematuhi syarat-syarat dan keperluan yang ditetapkan dengan mengambilkira beberapa perkara di antaranya:

    • Kerajaan Negeri meminta supaya jajaran laluan ECRL dibina sejajar dengan Lebuhraya Karak sediada secara elevated di bahagian yang terlibat dengan Permatang Kuartza;
    • Perlu membuat penyelesaian berhubung penempatan orang asli di Gombak;
    • Kawasan hutan simpan dan kawasan rezab melayu terutamanya berhampiran ITT perlu diberi perhatian dengan menyediakan pelan/langkah tindakan seperti land swapping;
    • Menangani dan menyelesaikan isu-isu berkaitan aduan penduduk kampong yang terlibat dari masa ke semasa; dan

    Pihak MRL perlu mendapatkan kelulusan dasar daripada Kerajaan Negeri Selangor dan seterusnya mengemukakan permohonan rundingan projek kerajaan dibawah seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172).

Lampiran

Tiada Lampiran.