Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

106) EKONOMI DIGITAL

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menggalakkan industri kecil sederhana menggunakan teknolgi digital dalam pengembangan perniagaan mereka?

    Pihak Kerajaan Negeri tiada memberikan insentif berbentuk kewangan menggalakkan Industri Kecil Sederhana menggunakan teknologi digital dalam pengembangan perniagaan mereka.

    Namun begitu, Kerajaan Negeri telah mewujudkan SITEC dimana ianya memainkan peranan sebagai perunding dan penasihat program Kerajaan Negeri melaksanakan program pendidikan dan latihan kepada usahawan dan khususnya usahawan muda dan Industri Kecil dan Serdehana (IKS) di dalam membangunkan perniagaan e-perdagangan dan internet di Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.