Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

254) EKONOMI KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri ada membawa masuk pelaburan baru dan nyatakan jumlah pelaburan yang telah di bawa masuk pada tahun 2013 sehingga sekarang?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk menarik pelabur-pelabur baru ke negeri ini melalui jaringan kerjasama strategik dengan pelabur-pelabur tempatan serta asing bagi mengekalkan negeri Selangor sebagai destinasi pilihan pelaburan. Data daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan bahawa, bermula tahun 2013 sehingga Julai 2014, sebanyak 381 projek perkilangan dengan nilai pelaburan sebanyak RM14.421 bilion telah dibawa masuk ke negeri Selangor. Perinciannya adalah seperti berikut :

     

      Bilangan Peluang Pelaburan Pelaburan Jumlah Modal
    Tahun Asing Pelaburan
    projek Pekerjaan Tempatan (RM)
      (RM) (RM)
           
    2013 228 23,519 6,207,711,908 3,625,294,944 9,833,006,852
    2014 153 9,659 2,706,991,219 1,881,102,933 4,588,094,152
    (Jan –          
    Julai)          
    Jumlah 381 33,178 8,914,703,127 5,506,397,877 14,421,101,004

    Daripada jumlah ini, sebanyak 247 projek merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM10 billion. Perinciannya adalah seperti berikut:

     

          Projek Baru    
                 
    Tahun Bilangan Peluang Pelaburan   Pelaburan Jumlah Modal
        Asing
      projek Pekerjaan Tempatan (RM)   Pelaburan (RM)
        (RM)
               
    2013 148 17,241 4,978,215,470   2,371,144,783 7,349,360,253
    2014 99 6,749 1,394,649,707   1,397,148,229 2,791,797,936
    (Jan –            
    Julai)            
    Jumlah 247 23,990 6,372,865,177   3,768,293,012 10,141,158,189

Lampiran

Tiada Lampiran.