Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

114) Ekonomi Kitaran

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan untuk mengalakkan lagi perkembangan Ekonomi Kitaran (Circular Economy) selain daripada aktiviti kitar semula?

    Konsep ekonomi kitaran atau circular economy merupakan konsep guna, pulang dan cipta semula (use, return, and re-create) yang mana berbeza dengan linear economy iaitu beli, guna dan buang (buy, use and throw).

    Di peringkat Kerajaan Persekutuan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah memasukkan elemen circular economy bagi menggalakkan inisiatif sisa sebagai sumber pendapatan (waste to money) di dalam penggubalan Dasar Kebersihan Negara.

    Untuk melaksanakan industri circular economy ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Sehubungan itu, selain daripada mewujudkan pusat kitar semula secara komprehensif di semua PBT Negeri Selangor dengan konsep circular economy, Kerajaan Negeri Selangor sedang membangunkan dan melaksanakan Integrated Solid Waste Management Centre bersebelahan Tapak Pelupusan Sanitari Jeram, Kuala Selangor. Salah satu fasiliti di kawasan tersebut adalah loji Waste To Energy (WTE).

    Dengan adanya Integrated Solid Waste Management Centre ini, sisa pepejal yang dihasilkan di Negeri Selangor bukan hanya dilupuskan, tetapi juga akan menjadi sumber kepada tenaga elektrik, penghasilan baja, kutipan barangan kitar semula dan lain-lain yang dapat menambah nilai kepada aktiviti ekonomi Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.