Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

183) EKONOMI NELAYAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan ekonomi nelayan tradisional? Apakah jenis jenis bantuan atau subsidi daripada pihak kerajaan ækepada nelayan?

    Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mempunyai bantuan-bantuan khusus untuk meningkatkan ekonomi nelayan tradisional. Bantuan kerajaan persekutuan disediakan melalui Kementerian Industri Asas Tani, Jabatan Perikanan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

    • Bantuan disediakan oleh Kementerian Industri Asas Tani (MOA)

     

    Geran Agropreneur Muda 2019: Program ini diwujudkan di dalam perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan. Bagi para nelayan bantuan enjin, sampan, peralatan navigasi dan peralatan menangkap ikan (Sisipan 1)

     

    Dasar Industri Agro Pelancongan: Satu dasar di bawah MOA yang memberi peluang kepada komuniti nelayan untuk menceburi bidang agro pelancongan. Industri agro pelancongan yang kian mendapat sambutan ini boleh meningkatkan pendapatan para nelayan. (Sisipan 2)

     

     

    • Bantuan disediakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia

     

    Bantuan Touch Point untuk kelompok nelayan pantai dan nelayan darat: Pihak Jabatan Perikanan Malaysia menggalakkan nelayan membentuk kelompok/ kumpulan nelayan dan daftar di bawah myKP (my Komuniti Perikanan) Jabatan Perikanan. myKP yang didaftarkan ini akan dipertimbangkan untuk bantuan jika menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Contoh bantuan kepada myKP: Peralatan asas membuat ternakan kupang, peralatan bengkel penyelenggaran enjin dan bot, peralatan pemasaran ikan.

     

    • Bantuan disediakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM)

    Manakala kerajaan persekutuan melalui Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) memberikan subsidi kepada nelayan seperti :

    1. Subsidi minyak diesel dan petrol
    2. Insentif tangkapan ikan
    3. Insuran nelayan
    4. Perumahan nelayan
    5. Dan lain-lain

    Agensi yang bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengagihkan subsidi ini adalah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

     

    • Bantuan disediakan oleh Kerajaan Negeri

    Program Bantuan Nelayan, Petani dan Penternak: Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan RM 947,650.00 ke Pejabat Perikanan Negeri Selangor untuk membantu penternak dan nelayan. Antara bantuan yang telah disalurkan adalah peralatan untuk ternakan akuakultur seperti pam, tangki ternakan dan makanan ikan. Manakala bagi nelayan pula diberi bantuan, pukat iaitu peralatan menangkap ikan.

     

     

     

    Jumlah peruntukan dan bilangan permohonan yang Berjaya sejak tahun 2014 hingga 2018 adalah sperti berikut :

    BIL TAHUN JUMLAH PENERIMA

    (ORANG)

    JUMLAH PERUNTUKAN

    (RM)

    1. 2014 552 561,000.00
    2. 2015 168 1,207,600.00
    3. 2016 467 500,000.00
    4. 2017 347 672,650.00
    5. 2018 13 275,000.00
    JUMLAH 1,547 3,216,250

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.