Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

294) EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menarik lebih "talent" untuk berkerja di Negeri Selangor? Nyatakan dengan statistik?

    Berdasarkan Jadual Penduduk Bekerja Mengikut Negeri dan Pekerjaan Malaysia 2014, Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2014, Jabatan Perangkaan Malaysia jumlah penduduk bekerja di Selangor ialah 2,912.3 juta orang (21.5%). Jumlah Penduduk Bekerja Mengikut Negeri dan Industri Malaysia menunjukkan penduduk di Negeri Selangor bekerja di dua (2) sektor utama iaitu perkhidmatan dan

     

    Bagi menarik lebih talent untuk bekerja di Selangor, Kerajaan akan terus memberi fokus dua sektor utama di Selangor untuk terus kukuh dan berkembang melalui kolaborasi Kerajaan dengan Selangor Human Resource Development (SHRD) bagi pelaksanaan program-program yang berimpak tinggi seperti berikut :

     

    1. Progam pembangunan bakat YES (Youth Enhancement Strategy dan i- HIT (Internship High Impact Talent) akan dilaksanakan dengan memberi fokus kepada lepasan sekolah untuk membangunkan kerjaya dan memberi peluang latihan, persijilan dan peluang pekerjaan serta mewujudkan tenaga kerja berkemahiran di dalam industri serta mengurangkan kebergantungan industri kepada tenaga kerja

     

    1. Pembangunan bakat dan kebolehan (talent development) daripada Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Industri Pendidikan Negeri Selangor (INPENS) melalui program Internship High Impact Talent (iHIT). Program ini merupakan program penjanaan dan pengumpulan bakat (pool of talent) melalui program latihan dalam bidang berimpak tinggi dan berpotensi tinggi pada masa hadapan bagi disalurkan kepada sektor-sektor berimpak tinggi dan bidang-bidang pelaburan baru seperti industri minyak & gas, merekabentuk kasut, semikonduktor, elektrik

     

    & elektronik dan pembangunan bidang teknologi maklumat & komuniksi (ICT) dan perkakasan.

     

    Program ini juga akan memastikan bakat-bakat tersebut sentiasa relevan dengan peredaran industri pembuatan pada masa hadapan. Bagi memastikan pelaksanaannya memberi impak yang besar, SHRDC telah bekerjasama dengan National Instruments dan Statistics.com USA bermula pada bulan Mei 2015 bagi melaksanakan dua (2) program tersebut. Status program tersebut adalah seperti berikut :

     

    Bil Program Status
      Program      i-HIT      Big     Data

    Analytic

    15 bakal graduan UNISEL telah

    mengikuti program.

    ii Program i-HIT Automation System (Certified LabVIEW Associate Developer) 16 orang bakal Graduan UNISEL telah mengikuti program.

Lampiran

Tiada Lampiran.