Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

176) ELAUN DAN IMBUHAN YAB DATO’ MENTERI BESAR SEBAGAI PENGERUSI ANAK SYARIKAT NEGER

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan elaun bulanan dan imbuhan tahunan yang terima oleh YAB Dato' Menteri Besar sebagai Pengerusi-Pengerusi Anak Syarikat Negeri kini.

    Anak Syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi. Kerajaan Negeri mempunyai 12 Anak Syarikat di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). Berikut merupakan senarai Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor :-

    Bil Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor
    1 Permodalan Negeri Selangor Berhad
    2 Bukit Beruntung Golf & Country Resort
    3 Tourism Selangor Sdn Bhd
    4 Communication Corporation Sdn Bhd
    5 Rantaian Mesra Sdn Bhd
    6 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd
    7 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd
    8 Kumpulan Darul Ehsan Berhad
    9 Kumpulan Semesta Sdn Bhd
    10 Invest Selangor Berhad
    11 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
    12 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor
    13 Yayasan Selangor

    Setiap Anak Syarikat Negeri mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memastikan pengurusan syarikat mengikut etika Code of Corporate Governance yang telah diwujudkan bagi menentukan hala tuju strategik syarikat mengikut acuan sendiri.

    Oleh yang demikian, sebarang maklumat berkenaan gaji dan faedah-faedah perkhidmatan yang diterima oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar sebagai Pengerusi-Pengerusi Anak Syarikat Negeri ini tidak boleh didedahkan kepada pengetahuan umum bagi memelihara kod etika urus tadbir korporat masing-masing.

    Tambahan pula, maklumat terperinci berkenaan gaji dan faedah-faedah perkhidmatan bagi pengurusan atasan Anak Syarikat Negeri ini merupakan perkara-perkara yang menyentuh kerahsiaan dan maklumat peribadi individu yang berhak untuk tidak didedahkan kepada mana-mana individu / pihak yang tidak berkenaan.

    Walaupun Anak Syarikat Negeri ini merupakan entiti yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor, pendedahan maklumat peribadi pihak pengurusan atasan terutamanya yang berkaitan dengan gaji, bonus dan faedah-faedah perkhidmatan adalah dianggap sulit dan rahsia. Walaupun Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 boleh digunakan untuk setiap individu hak untuk mengakses yang munasabah ke atas sebarang maklumat berkaitan Kerajaan Negeri Selangor, perkara berkaitan gaji dan faedah-faedah perkhidmatan ini tertakluk kepada pengecualian maklumat seperti yang termaktub dalam Seksyen 14, Enakmen yang sama.

    Namun begitu, sekiranya Y.B. Ahli Dewan Negeri masih ingin mengemukakan pertanyaan berkaitan perkara ini, maka Y.B. Ahli Dewan Negeri bolehlah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar. Jawapan hanya akan diberikan secara umum sahaja kepada Y.B. yang bertanya sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.