Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

173) ELAUN IMAM, BILAL, SIAK MASJID DAN GURU KAFA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah elaun Imam, Bilal dan Siak masjid-masjid akan diberi tambahan sebagaimana elaun terdahulu?

    Tiada kepastian, ianya bergantung kepada keupayaan kewangan Kerajaan Negeri. Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih mengekalkan elaun tambahan bulanan imam berjumlah RM450 yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016 dan 2017.

     

    Manakala elaun bulanan bilal dan siak masih lagi dibayar menggunakan peruntukan LZS dengan pecahan seperti berikut:

    Perkara Jumlah (RM)
    Bilal 1 290.00
    Bilal 2 200.00
    Siak 1 240.00
    Siak 2 150.00

Lampiran

Tiada Lampiran.