Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

158) ELAUN KHAS BILAL DAN SIAK

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menaikkan elaun bilal dan siak masjid-masjid di Negeri Selangor yang terlalu rendah ketika ini?

    Kerajaan Negeri akan membuat pertimbangan berdasarkan kepada keupayaan kewangan dari semasa ke semasa. Ketika ini, pembayaran elaun berkenaan adalah hasil sumbangan Majlis Agama Islam selangor (MAIS) melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Lampiran

Tiada Lampiran.