Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

182) ELAUN KPMI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenapakah masih berlaku kelewatan elaun KPMI dan bagaimanakah untuk mengatasi masalah ini?

     

    Faktor kelewatan pembayaran elaun KPMI antaranya adalah kelewatan dari segi penghantaran laporan, gangguan kepada sistem pembayaran dan dokumen yang tidak lengkap bagi tujuan pembayaran. Langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah ini adalah :

     

    • menetapkan tarikh akhir penghantaran laporan dan tempoh masa permohonan bayaran di singkatkan kepada satu minggu untuk semua kawasan Dewan Negeri; dan

     

    • permohonan bayaran yang dikemukakan awal iaitu pada tarikh akhir penghantaran laporan akan diproses terlebih dahulu bagi mengelakkan kelewatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.