Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

138) ELAUN PENGGALI KUBUR ISLAM DAN TUKANG MANDI JENAZAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat perancangan dari Kerajaan Negeri untuk membantu memberi elaun kepada penggali kubur dan tukang mandi jenazah?

    Tiada keperluan mewujudkan elaun khas bagi penggali kubur dan tukang mandi jenazah. Ini kerana semua masjid dan kebanyakan surau menubuhkan Biro Khairat Kematian dan Kebajikan. Penggali kubur dan tukang mandi jenazah akan dibayar imbuhan sagu hati daripada peruntukan biro tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.