Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

206) ELAUN PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR UNTUK AHLI DEWAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah sudah 4 bulan elaun MES masih belum dapat dijelaskan?

    Soalan Y.B. ADN merujuk kepada pembayaran elaun MES (Merakyatkan  Ekonomi Selangor) sebanyak RM1,500.00 setiap bulan yang dibayarkan  kepada Y.B. ADN. Ia dibayar berdasarkan tuntutan yang dikemukakan ke Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.

    Pada tahun 2014, pembayaran tuntutan tersebut telah dimasukkan secara EFT ke akaun CIMB (Jawatankuasa Pengurusan DUN Paya Jaras). Memandangkan pembayaran merupakan tuntutan ke atas perbelanjaan Y.B. ADN, ia sepatutnya dimasukkan ke akaun simpanan peribadi. Oleh itu, pentadbiran ini telah menerima permohonan pertukaran akaun tersebut ke akaun simpanan Maybank (Islamic Saving) Y.B. ADN.

    Bagaimanapun, pada tahun 2015, pembayaran telah dilakukan ke akaun CIMB (Jawatankuasa Pengurusan DUN Paya Jaras) dari Januari hingga April 2015 kerana tuntutan dilakukan menggunakan nama Jawatankuasa Pengurusan  DUN Paya Jaras, manakala dari bulan Mei hingga September 2015, ia telah dibayar ke akaun Maybank (Current) yang didaftarkan atas nama Y.B. ADN. Masalah ini berlaku disebabkan kekeliruan sistem di mana sehingga kini, terdapat dua (2) buah akaun Maybank telah didaftarkan di bawah no. kad pengenalan Y.B. ADN. Semakan dengan pembantu Y.B. ADN, Encik Daud, mengesahkan pembayaran tersebut telah diterima. Lampiran baucar pembayaran bagi tahun 2015 adalah disertakan bersama untuk rujukan Y.B. ADN.

Lampiran

Tiada Lampiran.