Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

27) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT 2010

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah keberkesanan Enakmen Kebebasan Maklumat 2010 Selangor dan adakah kes-kes yang telah merujuk kepada Enakmen tersebut diketengahkan oleh mana-mana individu atau institusi?

    Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 telah mula berkuatkuasa pada 5 Mac 2013 yang lalu. Sehingga kini, keberkesanan pelaksanaan Enakmen ini di negeri Selangor boleh dilihat menerusi aspek-aspek berikut:-

     

    • Dari segi peruntukan dan penguatkuasaan undang-undang, Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan dua undang-undang subsidiari, iaitu Kaedah-Kaedah Badan Maklumat Negeri (Negeri Selangor) 2012 dan Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) (Akses Kepada Maklumat)

     

    Berdasarkan maklum balas yang diterima sepanjang pelaksanaan Enakmen ini, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam proses menambahbaik peruntukan undang-undang melalui proses pindaan undang-undang yang berkenaan.

     

    • Dari aspek promosi dan sambutan orang ramai, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah mempromosikan pelaksanaan Enakmen ini melalui laman web Kerajaan Negeri Selangor dan hebahan-hebahan yang ditampal di semua Jabatan / Agensi kerajaan

     

    Hasil pelaksanaan aktivit-aktiviti promosi ini, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor melalui semua Jabatan / Agensi negeri, Badan-Badan Berkanun negeri dan Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan negeri telah menerima sebanyak 143 permohonan untuk mendapatkan maklumat daripada orang ramai yang telah diproses oleh Pegawai-Pegawai Maklumat.

     

    Permohonan untuk mendapatkan maklumat ini turut merangkumi isu-isu sensitif dan utama negeri, seperti isu Perjanjian Air dan Lebuhraya KIDEX. Ini menunjukkan bahawa orang ramai telah mula memahami pelaksanaan Enakmen ini dan mengaplikasikan hak membuat permohonan untuk

     

    mendapatkan maklumat bagi mendapatkan informasi-informasi yang berkaitan dengan mereka.

     

    • Badan Maklumat Negeri yang bertindak selaku Lembaga Rayuan dalam pelaksanaan Enakmen ini akan bersidang dalam waktu terdekat bagi mendengar satu kes rayuan yang dikemukakan oleh pemohon yang tidak berpuas hati dengan maklumat yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri mengenai isu Lebuhraya KIDEX. Ini merupakan kes pertama yang dikemukakan untuk pertimbangan Badan Maklumat Negeri semenjak berkuatkuasanya Enakmen

     

Lampiran

Tiada Lampiran.