Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

307) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri sejak Penyata Enakmen Kebebasan Maklumat dibentangkan oleh SELCAT (Kertas Bil. 3/2015)?

    Susulan daripada beberapa teguran dan gesaan oleh Jawatankuasa SELCAT untuk menambah baik pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat secara menyeluruh, Pentadbiran ini telah mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk memperkemaskan pelaksanaan Enakmen ini. Antara langkah-langkah yang telah dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

    • Mengadakan Mesyuarat Pemandu, mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan secara berkala;

     

    • Melaksanakan proses lantikan Pegawai Maklumat yang baru bagi menggantikan Pegawai Maklumat Jabatan yang telah bertukar;

     

    • Mengadakan Bengkel Pengukuhan Pemahaman dan Pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat yang dijadualkan pada bulan September 2015 dengan kerjasama Kamar Penasihat Undang-undang Negeri dan pakar-pakar yang dikenal pasti;

     

    • Mempergiatkan usaha-usaha promosi dan hebahan kepada orang awam; dan

     

    • Mengadakan engagement bersama pengamal media cetak dan elektronik untuk membantu hebahan kepada orang

Lampiran

Tiada Lampiran.