ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOIA)
46) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOIA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dewan Negeri telah meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOIA) yang memberi ruang kepada rakyat untuk mengakses maklumat kerajaan. Apakah tindakan kerajaan negeri susulan kelulusan enakmen tersebut?
Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 telah diwartakan pada 25 Ogos 2011. Berikutan itu, Kerajaan Negeri telah dan sedang mengambil beberapa tindakan yang perlu sebelum Enakmen tersebut dapat dikuatkuasakan sepenuhnya.Antara tindakan-tindakan yang terlibat adalah seperti berikut:
Mengemukakan Permohonan perjawatan tambahan di setiap jabatan / agensi negeri khusus bagi pengisian Pegawai Maklumat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia(JPA).Walau bagaimanapun permohonan jawatan baru tidak dapat dipertimbangkan oleh JPA ekoran dari pembekuan pengambilan dan pengwujudan perjawatan baru dalam tempoh kajian struktur organisasi perkhidmatan awam ke arah mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat dan merangka sistem saraan perkhidmatan awam yang baru (Saraan Baru Perkhidmatan Awam) sehingga31 Disember 2011 yang lalu dan kemudiannya telah dilanjutkan sehingga April 2012.
Memandangkan proses kelulusan pewujudan perjawatan baru mengambil masa yang lama dan menyedari akan kepentingan pelantikan Pegawai Maklumat ini disegerakan maka kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk membincangkan perkara ini di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-6 / 2012 pada 15 Februari 2012 yang telah disahkan oleh MMKN Ke-7 / 2012 pada 22
Februari 2012 adalah seperti berikut:-
- Pegawai Maklumat hendaklah dilantik di kalangan pegawai berstatus tetap daripada perjawatan sedia ada di setiap Jabatan / Agensi kerajaan negeri;
- Semua pegawai yang dilantik akan diwartakan melalui Warta kerajaan; dan
- Semua pegawai yang dilantik perlu menjalani kursus pemahaman Enakmen yang akan dilaksanakan oleh Pejabat Penasihat Undangundang Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri juga sedang dalam peringkat akhir melaksanakan langkahlangkah yang perlu sebelum menguatkuasakan Enakmen ini seperti berikut:-
- Menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) yang lengkap berhubung pelaksanaan Enakmen ini;
- Penyediaan format Borang-Borang standard yang diperlukan sebagaimana peruntukan Enakmen;
- Penetapan kadar fi yang bersesuaian sebagaimana yang diperuntukkan oleh Enakmen;
- Pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan maksimum enam (6) orang ahli tambahan yang menganggotai Lembaga Rayuan yang dikenali sebagai Badan Maklumat Negeri;
- Penetapan kaedah-kaedah berhubung tatacara rayuan kepada Badan Maklumat Negeri dan kawal selia prosiding Badan Maklumat Negeri;
- Penetapan elaun yang bersesuaian bagi Ahli-Ahli Badan Maklumat Negeri; dan
- Melaksanakan kursus pemahaman Enakmen kepada semua Pegawai Maklumat
