Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

17) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT /FREEDOM OF INFORMATION (FOI)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah pegawai maklumat yang dilantik mengikut pecahan agensi dan badan kerajaan neger

    Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 telah diwartakan pada 25 Ogos 2011. Keputusan MMKN Ke-6 / 2012 pada 15 Februari 2012 yang telah disahkan oleh MMKN Ke-7 / 2012 pada 22 Februari 2012 menyatakan bahawa Pegawai Maklumat hendaklah dilantik daripada kalangan pegawai awam berstatus tetap daripada perjawatan sedia ada di setiap Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri. Pihak Berkuasa Negeri telah melantik 41 orang Pegawai Maklumat bagi mewakili setiap Jabatan / Agensi Negeri dan senarai nama pegawai disertakan di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.