Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

153) ENAKMEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status penggubalan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal untuk negeri Selangor?

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Negeri dalam tindakan untuk mewujudkan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor. Pihak Kerajaan Negeri juga telah mengadakan pertemuan bersama pihak Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negera (JPSPN), KPKT bagi memaklumkan hasrat Kerajaan Negeri berkaitan perkara ini. Namun, Kerajaan Negeri masih menunggu maklumbalas daripada pihak kementerian untuk meneruskan penggubalan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor.

    Persetujuan daripada pihak kementerian diperlukan kerana Jabatan Peguam Negara berpandangan bahawa kemungkinan akan timbul percanggahan dan pertindihan bidang kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dan enakmen yang bakal diwujudkan. Kedua-dua undang-undang memperuntukkan perkara yang sama iaitu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Sekiranyan Akta 171 hendak dipinda, Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membuat pindaan tersebut memandangkan Akta 171 merupakan undang-undang Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.