Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

58) ENAKMEN PERLADANGAN UNGGAS (NEGERI SELANGOR) 2007

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengemaskini dan meminda Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 terutamanya mengenai jarak minimum ladang dari rumah kediaman, sekolah, klinik dan bangunan lain? Jika tidak, nyatakan sebabnya

    Sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mengemaskini dan meminda Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007. Keputusan ini dibuat berdasarkan faktor-faktor berikut :

     

    Peraturan-peraturan dalam enakmen ini mencukupi untuk mengawal ladang- ladang unggas daripada menimbulkan masalah seperti pencemaran alam sekitar dan kacau ganggu lalat. Kerajaan Negeri juga mempunyai undang-undang lain seperti Akta Kerajaan Tempatan dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor yang boleh digunakan untuk mengawal ladang-ladang

     

    Penambahan jarak ladang ayam dari rumah kediaman dan bangunan lain tidak menjamin sesuatu kawasan itu bebas daripada masalah dan isu. Aspek yang paling utama adalah penternak mengamalkan sistem pengurusan yang baik. Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 mempunyai peruntukan- peruntukan yang boleh digunakan bagi penguatkuasaan ke atas ladang-ladang unggas yang

     

    Sekiranya jarak minimum ladang dari rumah kediaman dan bangunan lain ditingkatkan, Kerajaan Negeri mendapati kebanyakan ladang-ladang unggas sedia ada di negeri ini tidak akan dapat mematuhinya dan terpaksa ditutup. Ini akan menjejaskan industri unggas di negeri ini walhal penduduk Negeri Selangor merupakan pengguna terbesar daging ayam dan telur di negara

     

Lampiran

Tiada Lampiran.