Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

63) ENAKMEN PUSAT HIBURAN DAN PUSAT SIBER

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi menangani pusat-pusat siber yang kini menjadi sarang judi?

    Kerajaan Negeri melalui PBT telah dan akan terus melaksanakan usaha-usaha untuk membanteras pusat-pusat siber haram ini dengan mengadakan serbuan bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain ke lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti mengikut kuasa yang diperuntukkan melalui Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1995. Walau bagaimanapun, bagi premispremis yang menjalankan aktiviti berunsur perjudian, maka tindakan penguatkuasaan adalah di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu perlu mendapatkan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lampiran

Tiada Lampiran.