ENEKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT
49) ENEKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah permohonan yang diterima di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat? Sila beri perincian mengikut jabatan?
Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor masih belum menerima sebarang permohonan untuk mendapatkan maklumat di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 memandangkan Enakmen ini baru dilaksanakan selama tiga (3) bulan, iaitu bermula dari tarikh kuat kuasa Enakmen pada 5 Mac 2013 yang lalu. Pentadbiran ini menjangkakan, dengan pelaksanaan beberapa program pendedahan dan promosi, kesedaran orang awam tentang Enakmen ini akan meningkat dan Jabatan / Agensi negeri akan mula menerima permohonan-permohonan untuk mendapatkan maklumat di bawah Enakmen ini dalam jangka masa terdekat.
