Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

39) ES KAUNSELING KAKITANGAN AWAM SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kes kakitangan kerajaan negeri termasuk kakitangan di PBT dan Pejabat Daerah yang dirujuk ke Kaunseling? Senaraikan

    Jumlah Sesi Kaunseling sehingga 18 Oktober 2019 adalah seperti berikut:

     

    1. Sesi Kaunseling Individu adalah sebanyak 67 Sesi. Secara keseluruhan kes-kes yang terlibat adalah berkaitan dengan isu kerjaya, hubungan, komunikasi, masalah peribadi dan kekeluargaan.
    2. Bagi Sesi Kaunseling Kelompok pula, terdapat seramai 119 orang. Secara keseluruhan isu-isu yang berkaitan juga banyak berkisar tentang prestasi kerjaya, motivsi, hubungan dengan penyelia/ rakan sekerja, komunikasi dan masalah peribadi. 

Lampiran

Tiada Lampiran.