Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

24) ETIKA BERPAKAIAN DI PEJABAT KERAJAAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah etika berpakaian untuk rakyat berurusan di pejabat-pejabat Kerajaan Negeri?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah menaikkan papan tanda tatacara berpakaian bagi pelawat Bangunan SSAAS di pintu masuk 1, 2 dan 3 serta di bangunan seperti berikut:

    1. Tidak dibenarkan memakai baju kemeja tanpa kolar.
    2. Tidak dibenarkan memakai baju tidak berlengan.
    3. Tidak dibenarkan memakai pakaian terdedah.
    4. Tidak dibenarkan memakai skirt di atas paras lutut.
    5. Tidak dibenarkan memakai seluar pendek atau legging.
    6. Tidak dibenarkan memakai selipar.

Lampiran

Tiada Lampiran.