Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

178) EXCO DAN ADUN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Badan Pemantau Pentadbiran Negeri (SELCAT) telah melakukan penyiasatan bagi memastikan EXCO dan ADUN sentiasa bersih daripada penyelewengan sepanjang perkhidmatan. Senaraikan Exco dan ADUN yang terlibat dalam penyiasatan ini?

     

    i) Berhubung  Pemberian/  Sumbangan/  Derma/  Hadiah  Atau   Apa-apa Bentuk Kewangan Yang Diberikan oleh Kerajaan Negeri, Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS) pada 23 -27 Mac, 30 Mac dan 1 April 2009:

     

    B. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Mantan Menteri Besar Selangor. Bagaimanapun, beliau tidak menghadiri pendengaran tersebut.

     

    Keputusan Jawatankuasa: Rujuk Penyata Jawatankuasa Kertas Mesyuarat Bil. 18/2009.

     

    Berhubung Kes Peruntukan Ahli Dewan Negeri 2008 dan 2009 pada 26 – 28 Januari dan 1 – 2 Februari 2010:-

     

    • B. Ronnie Liew Tiew Keng (EXCO);
    • B. Mat Shuhaimi bin Shafiei (ADN Kawasan Sri Muda); dan
    • B. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (ADN Kawasan Sri Setia).

     

    • Keputusan: Jawatankuasa mendapati tiada penyelewengan dan salah guna kuasa berlaku.

     

    • Berhubung Pembangunan Tapak Kubur Perkuburan (Bukan Islam) Tanpa Kebenaran di Seksyen U14, Bukit Raja, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan pada 1 September 2010:-

     

    1. Tiada EXCO atau ADN dipanggil sebagai

     

    Keputusan Jawatankuasa: Rujuk Penyata Jawatankuasa Kertas Mesyuarat Bil. 8/2011.

     

    Berhubung Perolehan, Penggunaan dan Pulangan Pinjaman RM90.3 Juta Oleh PAISB (PKPS Agro Industries Sdn. Bhd.) Daripada Kementerian Kewangan pada 7 Mac 2012:-

     

    Tiada EXCO atau ADN dipanggil sebagai

     

    Keputusan Jawatankuasa: Rujuk Penyata Jawatankuasa Kertas Mesyuarat Bil. 24/2012:

     

    Berhubung Kejadian Banjir di Hulu Langat dan Klang Selatan pada 16 April 2012:-

     

    1. B. Puan Rodziah binti Ismail (EXCO);
    2. B. Tuan Lee Kim Sin (ADN Kawasan Kajang);
    3. B. Tuan Khasim bin Abdul Aziz (ADN Kawasan Lembah Jaya); dan
    4. B. Tuan Manoharan A/L Malayalam (ADN Kawasan Kota Alam Shah).

     

    Keputusan Jawatankuasa:   Rujuk Penyata Jawatankuasa Kertas Mesyuarat Bil. 25/2012.

     

    1. Berhubung Laporan Audit Dalam Tahun 2010 Berhubung Pengurusan Kewangan Yayasan Selangor pada 16 Februari 2012:-

     

    Tiada EXCO atau ADN dipanggil sebagai

     

    Keputusan Jawatankuasa:   Rujuk Penyata Jawatankuasa Kertas Mesyuarat Bil. 26/2012.

     

    Berhubung Permohonan Pembangunan Tanah Padang PKNS di Kelana Jaya dan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RPTJ2) pada 27 – 28 Jun dan 5 Julai 2012:-

     

    B. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (ADN Kawasan Seri Setia).

     

    Keputusan Jawatankuasa: Rujuk Penyata Jawatankuasa Kertas Mesyuarat Bil. 27/2012.

     

    • Berhubung Siasatan Ke atas Urusniaga Perlombongan Pasir Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB) pada 2 – 4 Jun 2010 dan 5 Mac 2012:-

     

    • B. Tuan Mat Shuhaimi bin Shafiei (ADN Kawasan Sri Muda);
    • B. Tuan Amirudin bin Shari (ADN Kawasan Batu Caves); dan
    • B. Tuan S. Manikavasagam (Ahli Parlimen Kawasan Kapar).

     

    Keputusan Jawatankuasa: Rujuk Penyata Jawatankuasa Kertas Mesyuarat Bil. 28/2012.

Lampiran

Tiada Lampiran.