Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

126) EXCO PBT

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah pencegahan yang diambil bagi pengawalan umat Islam agar menjauhi arak?

    Antara langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengawal dan menghindar umat Islam agar menjauhi arak adalah pihak berkuasa yang bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Pejabat Kesihatan Daerah atau PBT perlu mengadakan:-

    • Kempen dan penerangan secara meluas berkaitan haram meminum arak atau kesan-kesan meminum arak kepada umat Islam serta seluruh masyarakat;
    • Membuat poster, sticker atau papan tanda larangan membeli arak oleh orang islam dan orang di bawah umur 18 tahun serta mempamerkannya di tempat simpanan penjualan arak;
    • Mengasingkan minuman keras dari barang-barang makanan lain;
    • Menyediakan buka rekod pembeli minuman  keras (nama/IC/alamat/nombor telefon);
    • Mengasingkan kaunter bayaran bagi minuman keras dan petugas kaunter mestilah bukan beragama Islam;
    • Menggalakkan seluruh masyarakat mengamalkan cara hidup sihat dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan;
    • Mengenakan cukai yang tinggi;
    • Mengenakan hukuman yang berat kepada orang Islam yang didapati meminum arak; dan
    • Tidak menyokong penambahan premis-premis baru dalam kawasan yang disyaratkan oleh PBT untuk tidak diberi lesen oleh Pejabat Daerah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.