Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

63) FAHAMAN ISLAM LIBERAL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Akhir-akhir ini ini terdapat fahaman Islam Liberal yang boleh mengancam fahaman sebenar Islam berteras ahli sunnah wal jemaah. Apakah pendirian kerajaan negeri berhubung fahaman Islam Liberal?

    Kerajaan Negeri belum memutuskan pendirian yang muktamad berhubung fahaman Islam Liberal. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa memantau perkembangannya dari masa ke semasa.  Jika didapati jelas memberi ancaman kepada fahaman Islam sebenar yang berteraskan Ahlu Sunnah wal-jamaah, maka Kerajaan Negeri akan memutuskan dan mengambil tindakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.