Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

68) FAHAMAN WAHABI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mutakhir ini terdapat gerakan untuk mengembangkan fahaman Wahabi di kalangan masyarakat Islam. Apakah pendirian ?

    1. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah memperuntukkan satu  kajian  khas berkaitan Aliran Pembid’ahan dan Ancamannya Terhadap Perpaduan Umat Islam Di Negeri Selangor yang dihasilkan oleh pensyarah-pensyarah Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

     

    Kajian yang dilakukan secara rawak di 21 kawasan yang terdapat di dalam Negeri Selangor mendapati 62.3% dalam Bandar menyatakan aliran pembid’ahan yang mengelirukan kefahaman umat Islam terhadap konsep sebenar ajaran Islam. Selain itu, 57.8% menjelaskan wujud perpecahan perpaduan umat Islam di luar Bandar dan di pinggir Bandar. Kendatipun, jumlah tersebut tidak sampai tahap 80% namun  ianya  adalah di peringkat awal yang telah dikenal pasti di Negeri Selangor boleh mewujudkan ketidakharmonian dalam masyarakat umat Islam.

     

    Sehubungan itu, JAIS telah mengambil beberapa langkah inisiatif bagi membendung kesan negatif ini terhadap umat Islam di Negeri Selangor seperti beberapa langkah berikut:

    1. Mengadakan konvensyen pengukuhan Aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai arus perdana di Negeri Selangor pada 20 Mac 2010 di Auditorium MBSA Shah Alam Selangor.

     

    1. Memperkasakan tauliah mengajar di masjid dan surau Negeri Selangor bagi mengawal pengajar atau penceramah yang boleh menimbulkan suasana tidak mesra atau tuduh menuduh antara satu sama

     

    1. Memperbanyakkan majlis penjelasan seperti khutbah dan forum berkala tentang bahaya aliran pembid’han terhadap amalan tradisi

     

    1. Mengeluar dan menyebarkan bahan penerbitan untuk edaran ke seluruh masjid dan surau bagi menyanggah aliran pembid’ahan.

     

    Justeru, JAIS amat mengambil berat terhadap perkembangan Islam di Negeri Selangor serta sebarang ancaman yang boleh wujud dalam perpaduan sesama umat Islam dan perkara-perkara bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Lampiran

Tiada Lampiran.