Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

82) FALSAFAH HORMAT WANITA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berpegang kepada falsafah Hormat Wanita, apakah usaha kerajaan dalam merealisasikan perkara ini?

    Kerajaan Negeri Selangor secara amnya tidak berpegang kepada falsafah Hormat Wanita yang khusus. Falsafah ini adalah termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia yang merupakan agenda Pakatan Rakyat yang akan dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia di Putrajaya.

    Bagi Kerajaan Negeri Selangor, Agenda Kesejahteraan Wanita Selangor direalisasikan melalui Pelan Tindakan Wanita Selangor menerusi programprogram          pemberdayaan wanita            Selangor        yang   telah   dirangka pelaksanaannya sehingga 2018.

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor sentiasa melihat dan menambahbaik keperluan wanita Selangor di dalam konteks meningkatkan kualiti hidup yang lebih komprehensif bukan sahaja di tempat kerja, di rumah, di dalam komuniti, sebagai ahli masyarakat mahupun sebagai warganegara dengan melaksanakan pelbagai program pemberdayaan wanita Selangor yang menekankan bidang-bidang fokus seperti berikut :

    1. Kesihatan;
    2. Keluarga;
    3. Ekonomi;
    4. Pekerjaan dan Sektor Informal;
    5. Sukan dan Rekreasi;
    6. Pendidikan dan Latihan;
    7. Sosial, Budaya dan Agama;
    8. Hak, Keselamatan dan Undang-Undang;
    9. Politik dan Pembuatan Keputusan;
    10. Melonjak Daya Upaya Wanita Intelektual dan Profesional;
    11. Pengarus Utamaan dan Bajet Gender;
    12. Teknologi, Sains dan Alam Sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.