Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

86) FAS (FOOTBALL ASSOCIATION SELANGOR)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan peranan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengembalikan zaman kegemilangan Pasukan Selangor pada musim akan datang?

    Beberapa perancangan akan dibuat antaranya adalah seperti merangka pelan strategik secara keseluruhan samaada dari aspek barisan kepimpinan sehinggalah kepada operasinya untuk jangkamasa panjang, mengkaji secara terperinci dan mempelajari aspek-aspek pembangunan prestasi atlit dari Negara-negara maju seperti Jepun, Korea kerana negara-negara ini telah mempunyai pengalaman bertanding ke peringkat dunia. Selain itu, aspek Sains Sukan haruslah diterapkan sejak peringkat awal lagi supaya ianya menjadi sebati dan membantu prestasi atlit secara ‘ergogenic aids’nya.

    Salah satu pendekatan baru yang harus diambil adalah dari sudut psikologi semua yang terlibat dalam pengurusan pasukan termasuklah pemain. Pendekatan psikologi yang baik akan menambahkan lagi kekuatan sesebuah pasukan tersebut. Selain itu juga, semua individu yang terlibat di dalam pengurusan pasukan bolasepak ini haruslah bersikap terbuka dan bersedia menerima perubahan implikasi dari pembangunan teknologi yang pesat dan juga hal-hal lain dalam arena bolasepak.

    Peranan Kerajaan Negeri akan sentiasa memastikan pengurusan pasukan dan pencapaian prestasi atlet mestilah di tahap yang perlu dicapai melalui ‘KPI’ yang digariskan. Pihak kerajaan Negeri Selangor akan memantau keberkesanan program dan membantu pasukan ini dalam aspek kewangan kepada pasukan ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.