Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

70) FENOMENA EL NINO

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jangkaan masa berlakunya fenomena ini dan kesannya terhadap rakyat Selangor?

    Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia, jangkaan masa berlakunya fenomena El-Nino ini adalah dari bulan Jun hingga September 2014 dan kesannya dialami oleh rakyat Selangor seperti cuaca kering dan panas (melebihi 35 0C).  Impak El Nino kepada negara secara umumnya boleh menyebabkan jumlah hujan diterima akan berkurangan serta berlakunya kebakaran hutan yang boleh menyebabkan kejadian jerebu tebal merentasi sempadan yang akan memberi kesan terutamanya terhadap kesihatan, aktiviti luar dan pertanian.

Lampiran

Tiada Lampiran.