Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

251) FFF2015 (FREEDOM FILM FESTIVAL 2015)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian dan polisi Kerajaan Selangor terhadap FFF2015?

    Freedom Film Festival 2015 (FFF2015) merupakan salah satu inisiatif pendidikan hak asasi manusia oleh Kerajaan Negeri dalam konteks “Membudayakan Masyarakat Prihatin” dengan kerjasama pihak NGO seperti Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat KOMAS) atau lebih dikenali sebagai KOMAS melalui penganjuran pertandingan filem-filem pendek berkaitan hak asasi manusia di dalam FFF.

     

    Kerajaan Negeri melihat filem-filem yang dihasilkan sepanjang kerjasama ini adalah satu hasil kerja yang perlu dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat negeri dalam “Membudayakan Masyarakat Prihatin” supaya kesedaran demokrasi yang sihat dapat dipertingkatkan di dalam masyarakat melalui tayangan- tayangan umum yang berskala kecil atau sederhana serta sesi diskusi yang melibatkan pimpinan serta wakil-wakil masyarakat di dalam sesebuah komuniti. Kesedaran demokrasi yang sihat perlu diwujudkan di kalangan rakyat Negeri Selangor yang mempunyai tiga komposisi kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India supaya rakyat negeri ini dapat hidup dengan penuh harmoni dan sejahtera serta menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.