Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

75) FIBER OPTIK

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini kerja-kerja penyediaan infrastruktur fiber optik dan lain-lain teknologi dalam daerah Hulu Selangor?

    Sehingga waktu ini, pembangunan rangkaian gentian optik untuk daerah Hulu Selangor masih dalam kajian dan perancangan oleh pihak SMARTSEL. Kajian dan perancangan ini berbeza dengan syarikat telekomunikasi sedia ada di mana syarikat-syarikat tersebut mempunya rancangan mereka tersendiri bergantung kepada pelan perniagaan setiap syarikat.

Lampiran

Tiada Lampiran.