Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

122) FREE RIDERS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan, dan Peneroka Bandar melalui badan berkuasa tempatan dan JMB/MC supaya penduduk yang menjadi "Free Riders" di premis berstatus strata dapat diambil tindakan yang sewajarnya?

    Seksyen 23, Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 (Penyenggaraan dan Pengurusan) [Akta 663] mewajibkan pembeli membayar caj penyenggaraan dan pengurusan harta bersama. Kegagalan pembeli untuk membayar caj adalah satu kesalahan di bawah seksyen 34, Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 (Penyenggaraan dan Pengurusan) [Akta 663].

     

    Seksyen 43, Akta Bangunan Harta Bersama 2007 (Penyenggaraan dan Pengurusan) [Akta 663] memperuntukkan pendakwaan hanya boleh dimulakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau dengan mendapat keizinan daripadanya. LPHS telah memperolehi keizinan tersebut bagi menjalankan pendakwaan di bawah Akta 663.

     

    Setakat 31 Oktober 2013, LPHS telah menerima sebanyak 757 notis peringatan daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Selangor untuk menuntut tunggakan caj penyenggaraan dan pengurusan terhadap pembeli. Daripada 757 notis tersebut, 131 kes pendakwaan telah difailkan,334 masih menunggu izin pendakwaan daripada Timbalan Pendakwa raya (TPR) Negeri Selangor dan baki 334 adalah di dalam penyempurnaan kertas siasatan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.