Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

101) FRIENDSHIP CITY

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Klang dan Yiwu, China telah menjalinkan hubungan yang baik untuk perdagangan antarabangsa. Kerajaan Selangor perlu mengambil langkah untuk menarik pelabur dari Yiwu ke Selangor dengan melancarkan program "Friendship City" antara Bandar Klang dan Yiwu. Program telah ditangguh lama. Apakah tindakan yang akan diambil untuk mempercepatkan proses ini?

    Selaku Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Klang adalah tertakluk kepada Butiran 1 (a) dan (b), Senarai I (Senarai Persekutuan), Jadual Kesembilan,

    Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa berhubung dengan hal ehwal luar negeri, termasuk triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain, dan juga pelaksanaan triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain.

    Dalam hal ini (program “Friendship City” antara Bandar Klang dan Yiwu), sebarang cadangan untuk menandatangani perjanjian atau Memorandum Persefahaman dengan pihak asing hendaklah mendapat persetujuan Jemaah Menteri. Manakala keputusan Jemaah Menteri pada tahun 1992 supaya tidak diadakan lagi bandar berkembar (twining of cities) antara bandar – bandar di Malaysia dengan bandar – bandar di negara lain.

     

    Perkara ini telah dimaklumkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen PBT, UPEN) kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor melalui surat bertarikh 30 Jun 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.