Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

17) FRUIT VALLEY DI KUALA SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kawasan ini terbiar. Apakah rancangan yang diambil untuk memulih Dane membangunkan kawasan Fruit Valley?

    Kawasan Fruit Valley tidak terbiar. PKPS telah mengambil langkah “rehabilitation” di Ladang Selangor Fruit Valley (SFV) dan mengambil masa 1½ tahun untuk meningkatkan hasil pengeluaran. Memandangkan langkah tersebut telah dimulakan pada penghujung tahun 2014, hasilnya boleh dilihat pada tahun ini dan sepenuhnya dalam pertengahan tahun

     

    Pada masa kini, terdapat beberapa tanaman buah-buahan yang telah mengeluarkan hasil di Ladang SFV. Di antara tanaman buah-buahan yang telah mengeluarkan hasil adalah seperti jambu batu, belimbing, kelapa pandan, rambutan, pulasan, nangka, tembikai dan limau kasturi.

     

    Keluasan keseluruhan SFV adalah sebanyak 933 hektar. Berikut dinyatakan pecahan kawasan yang terdapat di SFV :-

     

    BIL KAWASAN KELUASAN

    (HEKTAR)

    1 Kawasan yang diusahakan sendiri oleh PKPS 156
    2 Program Pembangunan Usahawan Tani 382
    3 Tanaman Getah ( Bestari Jaya ) 300
    4 Pejabat & Bangunan 24
    5 Kolam / Kawasan Tidak Ditanam / Jalan/Dan lain-lain 71
      JUMLAH 933

     

    Pengurusan SFV telah membuat beberapa rancangan pemulihan dan pembangunan SFV. Berikut dinyatakan beberapa kaedah yang telah dan sedang dilakukan :-

     

    • Baik Pulih Kesuburan Tanah
    • Penggunaan baja dan kimia perosak tumbuhan yang bersesuaian
    • Memperkemaskan lagi sistem pengairan di kawasan berteres dan lain- lain
    • Menaik taraf jalan pertanian
    • Tanaman sulam
    • Tanaman baru di atas tanah kosong
    • Program Latihan
    • Mengadakan Tanaman Rempah Ratus dan Herba ( Herbs & Spice Garden )
    • x) Agrotourism pertengahan kedua tahun 2016

Lampiran

Tiada Lampiran.