Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

40) FUNGSI MAIS

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan MAIS selepas pemerkasaan tahun 2005 dan apakah kesannya yang boleh dilihat sama ada dari sudut positif atau sebaliknya

    Jumlah ajaran sesat yang telah diwartakan adalah sebanyak 23 ajaran JAIS dan Jabatan Mufti telah mengambillangkah yang drastik dalam menangani masalah ini. Antaranya adalah seperti berikut:-

    Tindakan Jabatan Mufti:-

    i. Menerbitkan buku-buku dan risalah berhubung penjelasan ajaran sesat
    untuk diedarkan masyarakat Islam di semua peringkat.

    ii. Memberi penjelasan melalui Majlis Penerangan atau Seminar, dan
    dakwah serta melalui khutbah Jumaat kepada masyarakat Islam di
    semua peringkat secara berterusan di semua daerah.

    iii. MengadakanMajlis Taubah secara rasmi kepada yang telah insaf

    iv. Mengadakan program pemulihan akidah kepada pengikut kumpulan
    ajaran sesat.

    v. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang ENAKMEN JENAYAH
    SYARIAH (NEGERISELANGOR) 1995

Lampiran

Tiada Lampiran.