FUNGSI PENASIHAT MASJID DAN SURAU
41) FUNGSI PENASIHAT MASJID DAN SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah fungsi dan peranan penasihat dalam urus tadbir masjid dan surau?
Fungsi dan peranan penasihat dalam urus tadbir masjid dan surau adalah:
- Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kariah masjid atau surau apabila perlu, akan tetapi tidak boleh mengundi.
- Memastikan pengurusan dan pentadbiran masjid atau surau selaras dengan kehendak enakmen, peraturan dan garis panduan yang berkuat kuasa.
- Memberi apa-apa nasihat atau pandangan berkaitan permasalahan yang berlaku di masjid atau surau.
- Mengesyorkan pelaksanaan apa-apa aktiviti bagi tujuan pengimarahan masjid atau surau.
- Menjadi penghubung di antara anggota jawatankuasa masjid dan surau dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.
