Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

52) FUNGSI SETIAP BADAN BERKANUN DAN ANAK-ANAK SYARIKAT BAWAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan nama untuk setiap badan-badan berkanun dan anak-anak syarikat bawah Negeri Selangor serta fungsi dan peranan yang dibawa oleh mereka.

    1. Terdapat enam Badan Berkanun Negeri (BBN) yang di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Perbadanan Kemajuan dan Pertanian Selangor (PKPS), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Manakala fungsi dan peranan anak syarikat adalah tertakluk kepada akta syarikat yang berkenaan.

     

    Bil. Badan Berkanun

    Negeri

    Fungsi
    1. Perbadanan                           Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Pengagihan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang berpandukan kepada dasar- dasar kerajaan agar dapat mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial khususnya di negeri Selangor. Harapan ini dilaksanakan menerusi pembangunan pusat pertumbuhan baru, penerokaan kawasan kediaman yang vibran dan lestari, pembangunan pusat-pusat perindustrian, perniagaan dan

    pelbagai aktiviti pelaburan.

    2. Perbadanan               Adat Melayu dan Warisan Negeri                             Selangor (PADAT) Diwujudkan di atas lima objektif iaitu:

     

    i.              untuk mengumpul segala maklumat adat Melayu dan warisan negeri Selangor;

    ii.               bertanggungjawab menyelamat, memelihara

     

    Bil. Badan Berkanun

    Negeri

    Fungsi
        dan mengembangkan adat Melayu dan warisan Negeri Selangor;

    iii.      memperkasakan adat melayu dan warisan Negeri Selangor;

    iv.       mewujudkan pusat maklumat dan rujukan berkaitan adat dan warisan Melayu serantau; dan

    v.       mendekatkan masyarakat umum kepada

    institusi permuziuman.

    3. Perbadanan Kemajuan dan Pertanian Selangor (PKPS) Bertanggungjawab untuk memajukan industri perladangan dan asas tani bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi negeri Selangor disamping menjalankan projek-projek komersil untuk faedah rakyat. PKPS turut terlibat dalam projek-projek pertanian komersil dan program pembangunan ladang, kelapa sawit untuk rakyat negeri Selangor seperti Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah, Rancangan Tanah Terbiar Kanchong Darat dan Rancangan Tanah Belia Busut. PKPS juga kea rah mengembangkan aktiviti komersil dengan memperluaskan kawasan penanaman kelapa sawit, tanaman getah, pengeluaran buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, tembikai, betik, jambu batu, rambutan, pulasan dan lain-lain lagi.
    4. Perbadanan Perpustakaan         Awam Selangor (PPAS) Berikut merupakan fungsi dan peranan PPAS iaitu:

     

    i.  bertanggungjawab menubuhkan, mengurus dan menyelenggara Perpustakaan Awam Negeri dan perpustakaan-perpustakaan di Daerah;

    ii.  menyediakan prasarana bagi memudahkan masyarakat mendapatkan ilmu dan maklumat terkini;

    iii.  mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar;

    iv.  membudayakan masyarakat dengan budaya membaca; dan

    v.  membantu merealisasikan agenda dan

     

    Bil. Badan Berkanun

    Negeri

    Fungsi
        wawasan Kerajaan Negeri.
    5. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Menjalankan fungsi dan kuasa di bawah Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor 2001. Menyediakan garis panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pentadbir Tanah dan pemaju berkaitan Perumahan dan Hartanah. Guarded And Gated Community, syarat-syarat pemohon Rumah Kos Rendah (RKR) dan syarat-syarat penyewaan

    program perumahan Rakyat (PPR).

    6. Lembaga        Urus       Air Selangor (LUAS). LUAS adalah sebuah agensi pengurusan sumber air negeri Selangor yang juga merupakan agensi ulung dan perintis kepada pengurusan sumber air negeri. Dengan adanya Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, LUAS dilengkapi dengan peruntukan perundangan dan penguatkuasaan untuk melaksanakan tanggungjawab serta fungsinya dengan berkesan. LUAS dipertanggungjawab untuk memastikan sumber air negeri, termasuk lembangan sungai, air bumi dan permukaan, tasik, kolam dan bekas lombong, serta pesisiran pantai Negeri Selangor supaya sentiasa berada di dalam keadaan terpelihara. Fungsi dan tanggungjawab ini dilaksanakan oleh LUAS melalui pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dan juga pendekatan Pengurusan Pantai

    Bersepadu (ICM).

     

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor ditubuhkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No.3 tahun 1994) (“Enakmen”) pada 21 September 1994. Enakmen tersebut yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang sedang memegang jawatan atau melaksanakan fungsi Menteri Besar dan penggantinya adalah sebuah badan korporat di bawah nama “Menteri Besar Selangor”.

     

    MBI ditubuhkan untuk mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri dan mewakili Negeri selangor dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan yang di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Ia memainkan peranan untuk mempromosikan dan menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada rakyat. Pada asasnya, MBI Selangor adalah

     

    badan berkanun yang ditubuhkan untuk memacu kegiatan ekonomi dan sosial di Negeri Selangor bagi pihak Kerajaan Negeri.

     

    ANAK SYARIKAT DI BAWAH KUMPULAN MBI
    Bil. Nama Syarikat Fungsi dan Peranan
    1. Kumpulan Semesta Sdn Bhd Menguruskan                             pengeksplorasian,

    pengekstrakan,    pengeluaran   dan                                penjualan pasir dan sumber mineral di Negeri Selangor.

    2. Permodalan Negeri

    Selangor Berhad

    Syarikat pegangan pelaburan, pembangunan

    hartanah dan perkhidmatan.

    3. Bukit Beruntung Golf &

    Country Resort Berhad

    Kelab Golf dan Rekreasi.
    4. Communication

    Corporation Sdn Bhd

    Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor.
    5. Pendidikan Industri YS

    Sdn Bhd

    Institusi Pendidikan Tinggi
    6. Inpen (Selangor) Sdn

    Bhd

    Institusi Pendidikan (TVET)
    7. Kumpulan Darul Ehsan

    Berhad

    Syarikat pegangan pelaburan.
    8. Invest Selangor Berhad Menyediakan khidmat profesional dan penyelesaian terunggul kepada para pelabur, menjadi organisasi yang berasaskan pengetahuan yang memacu kearah pelaburan baru, dan menjadi organisasi yang berdasarkan pemikiran berkualiti dan menyediakan mutu

    kerja terunggul setiap masa.

    9. Rantaian Mesra Sdn

    Bhd

    Mempromosikan      Program      Inisiatif      Peduli

    Rakyat.

    10. Yayasan Warisan Anak Selangor Mewujudkan, menganjurkan, mentadbir dan menyelenggara suatu dana yang dikenali sebagai “Tabung Warisan Anak Selangor” untuk digunakan bagi memberi faedah dan kebajikan rakyat Selangor yang lahir dan didaftarkan di Negeri Selangor pada dan selepas 1 Januari

    2008.

    11. Yayasan Hijrah Selangor Mewujudkan, mentadbir dan menyelenggara suatu dana yang dikenali sebagai Tabung Dar Al Qard Al Hasan Selangor yang digunakan bagi memberi faedah dan kebajikan rakyat Selangor

    subjek daripada Sultan Selangor.

    12. Darul Ehsan Facilities Terlibat       dalam      pelaburan,      perdagangan

     

    ANAK SYARIKAT DI BAWAH KUMPULAN MBI
    Bil. Nama Syarikat Fungsi dan Peranan
      Management Sdn Bhd peralatan sukan dan pengurusan aset.
    13. SRM Setia Sdn Bhd Projek        jangka        masa        panjang        bagi penyelenggaraan dan membaik pulih jalan bagi

    Zon 1, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

    14. Darul Ehsan Investment

    Group Berhad

    Syarikat tidak aktif
    15. Tourism Selangor Sdn Bhd Ejen    pelancongan,   pengurusan   resort    dan

    promosi tempat-tempat pelancongan di Negeri Selangor.

    16. SMARTSEL Sdn Bhd Infrastruktur IT dan telekomunikasi kluster ekonomi dan aktiviti menyediakan infrastruktur untuk hosting, perkhidmatan pemprosesan data

    dan aktiviti yang berkaitan.

    17. Landasan Lumayan Sdn Bhd Syarikat pegangan pelaburan, kontraktor dan pemaju    am    bagi   Projek    Selangor   Maritime

    Gateway.

    18. KDEB Waste

    Management Sdn Bhd

    Syarikat    pegangan   pelaburan,    pemerolehan

    kompaktor untuk Pihak Berkuasa Tempatan.

    19. SSDU Innovations Sdn Bhd Melibatkan perundingan teknologi, pengurusan projek, penciptaan harta intelektual, pembangunan teknologi/ eksploitasi dan big data analytics untuk Aplikasi Bandar Pintar

    (Smart City).

     

    SYARIKAT BERSEKUTU DI BAWAH KUMPULAN MBI
    1. Yakin Telesel Sdn Bhd Menjalankan       aktiviti       struktur       rangkaian

    telekomunikasi dan aktiviti yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.