Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

78) FUNGSI YAYASAN SELANGOR (YS)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan fungsi YS dalam membela nasib golongan belia luar bandar dari tercicir dalam pendidikan?

    Mulai tahun 2012, Yayasan Selangor telah menamatkan pemberian pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar di peringkat diploma dan ijazah Institusi PengajianTinggi (IPT) dan hanya member pinjaman pelajaran kepada pelajar- pelajar meneruskan pengajian di dalam bidang kemahiran sahaja selaras dengan keputusan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor kali Ke 90 (bil.3/2011) bertarikh 5 Ogos 2011.

     

    Keutamaan pembiayaan adalah kepada golongan ‘pelajar-pelajar yang tercicir’ (the lost generation) yang tidak dapat meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pelajar-pelajar hendaklah mengikuti pengajian di Institusi bertauliah yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau lain- lain badan yang layak mengiktiraf kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan.

     

    Mereka akan mendapat Sijil Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau sijil-sijil dari badan-badan tertentu yang membolehkan mereka mendapatkan kerjaya dalam bidang yang diceburi. Penyedia Latihan (Training Provider) member jaminan dan peluang pekerjaan selepas tamat mengikuti kursus bagi setiap pelajar dengan pendapatan yang munasabah.

     

    Mulai tahun 2013, tiada lagi pinjaman pelajaran pelajar-pelajar di bidang kemahiran selaras dengan keputusan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Kali Ke 100 (bil.3/2013) pada 17 September 2013 memutuskan untukYayasan Selangor memfokuskan aktiviti pendidikan hanya kepada pelajar peringkat sekolah menengah sahaja.

     

    TAHUN INSTITUSI BIL PELAJAR JUMLAH SIJIL KURSUS
    2008 IKYS 79 79  

    Elektrik (PW 2) dan Penghawa Dingin

    2009 IKYS 99 99
     

    2010

    IKYS 50  

    99

    INPENS 49 Automotif          – Tahap 3 PendawaiElektrik   – Tahap 3 PenyamanUdara – Tahap 3 Juruterapi Estetik  – Tahap 3 Penyelia Pembuat Pakaian Wanita – Tahap 3
    2011 INPENS 19 19
     

     

    2012

     

    INPENS

     

    14

     

     

    59

    EMDE Maritime 40 Pengendalian Kapal Laut Dagang
    Akademi SAGA 5 Mekanik Kenderaan Motor Tahap 1 & 2
     

     

     

     

     

    2013

     

     

    INPENS

     

     

    48

     

     

     

     

     

    98

    Automotif          – Tahap 3 Pendawai Elektrik  – Tahap 3 Penyaman Udara – Tahap 3 Juruterapi Estetik   – Tahap 3 Juru teknik Sistem Komputer

    Penyelia Pembuat Pakaian Wanita – Tahap 3

    EMDE Maritime 40 Pengendalian Kapal Laut Dagang
    Akademi SAGA 5 Mekanik Kenderaan Motor Tahap 1 & 2
    Koleksi NIKMAT 5 Jahitan Tahap 3 & VTO
    2014 INPENS 2 2 Juruteknik Sistem Komputer
    JUMLAH         455

     

Lampiran

Tiada Lampiran.