GAJI DAN ELAUN MANTERI BESAR, EXCO DAN SPEAKER

61) GAJI DAN ELAUN MANTERI BESAR, EXCO DAN SPEAKER

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kedudukan gaji dan elaun perjawatan yang tersebut kini?

    Kedudukan gaji dan elaun bulanan bagi Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) dan Speaker terkini berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor yang ke 38/2014 bertarikh 1 Oktober 2014 dan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Selangor (Saraan) bilangan 8 tahun 1980 seperti perincian berikut :

     

    • Menteri Besar

     

    NO. PERKARA RM
    1. Gaji 29,250.00
         
    2. Elaun Ahli Dewan Negeri 11,250.00
    3. Elaun Keraian Ahli Dewan Negeri 500.00
    4. Elaun Khas Ahli Dewan Negeri 1,500.00
    5. Elaun Kediaman Rasmi 4,000.00
    6. Elaun Pengerusi Jawatankuasa Tetap 6,500.00
    7. Elaun Pembantu Rumah dan Tukang Kebun 3,000.00
    8. Bayaran Balik Telefon 1,000.00
    9. Elaun Keraian Menteri Besar 5,500.00
    JUMLAH 62,500.00
    • Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN)

     

    NO. PERKARA RM
    1. Gaji 20,250.00
    2. Elaun Pengerusi Jawatankuasa Tetap 4,000.00
    3. Elaun Ahli Dewan Negeri 11,250.00
    4. Elaun Keraian Ahli Dewan Negeri 500.00
    5. Elaun Keraian EXCO 1,000.00
    6. Elaun Khas Ahli Dewan Negeri 1,500.00
    7. Elaun Kediaman Rasmi 1,000.00
    8. Tukang Kebun 500.00
    9. Pembantu rumah 500.00
    10. Bayaran Balik Telefon 1,000.00
    JUMLAH 41,500.00

     

    • B. Speaker

     

    NO. PERKARA RM
    1. Gaji 22,500.00
         
    2. Elaun Ahli Dewan Negeri 11,250.00
    3. Elaun Keraian Ahli Dewan Negeri 500.00
    4. Elaun Keraian Speaker 1,000.00
    5. Elaun Khas Ahli Dewan Negeri 1,500.00
    6. Elaun Khas Speaker 1,500.00
    7. Elaun Kediaman Rasmi 1,000.00
    8. Pembantu rumah 500.00
    9. Bayaran Balik Telefon 1,000.00
    JUMLAH 40,750.00

Lampiran

Tiada Lampiran.