Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

45) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN EX-OFFICIO EXCO KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa gaji asas dan elaun atas nama jawatan yang disandang?

    Bilangan Ex-Officio yang dilantik adalah 3 orang iaitu Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan
    Negeri Selangor, Y.B. Datin Paduka Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan
    Y.B. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Selangor. Gaji elaun Y.B. Datin Paduka
    Penasihat Undang-undang dibayar oleh kerajaan persekutuan manakala dua Ex-Officio
    yang lain dibayar oleh Pejabat masing-masing. Pejabat Dewan Negeri hanya
    membayar elaun tertentu kepada Y.B. Penasihat Undang-undang seperti di lampiran ‘E’.

Lampiran

Tiada Lampiran.