Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

72) GAJI, ELAUN, ELAUN KHAS, KERAIAN, BONUS DAN GANJARAN UNTUK KAKITANGAN ATASAN GLC SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memohon kerajaan menyenaraikan nama, jawatan dan semua gaji, elaun, elaun khas, keraian, bonus dan ganjaran untuk semua kakitangan atasan PKNS, PNSB, KDEB dan PKPS di peringkat Lembaga Pengarah dan peringkat pengurusan.

    Jumlah gaji, elaun, elaun khas, keraian, bonus dan ganjaran untuk kakitangan atasan GLC Selangor tidak boleh didedahkan kerana menyentuh kerahsiaan individu.

    Walau bagaimanapun, Y.B. Ahli Dewan Negeri yang ingin bertanya perlulah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar atau kepada Setiausaha Dewan. Jawapan akan diberikan hanya kepada Y.B. Ahli Dewan Negeri yang bertanya sahaja dan harus diingatkan bahawa Y.B. Ahli Dewan Negeri yang bertanya mestilah bertanggungjawab ke atas maklumat tersebut dan  Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) adalah berkaitan.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.