Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

49) GAJI MINIMA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah pekerja Kerajaan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun Negeri yang mendapat gaji di bawah RM1,100, iaitu gaji minimum yang dicadangkan oleh Manifesto Kerajaan Rakyat?

    Berdasarkan rekod yang dikemas kini, bilangan penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun Negeri yang mendapat gaji di bawah RM1,500.00 sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Manifesto

    Kerajaan Rakyat  bagi gaji minimum adalah seperti berikut:-

    1. Data yang menunjukkan jumlah pecahan mengikut julat gaji (mengambil kira gaji pokok sahaja):
    Agensi Julat Gaji Lantikan Tetap Lantikan Kontrak
    Pentadbiran Kerajaan

    Negeri Selangor

    (meliputi Pejabat Daerah/

    Pihak Berkuasa

    Tempatan/ Jabatan /

    Agensi

    RM0 – RM500.00 0 0
    RM500.01 RM1000.00 955 576
    RM1000.01 RM1500.00 5585 1247
    JUMLAH 6540 1823
    JUMLAH KESELURUHAN 8363 orang
    1. Data yang menunjukkan jumlah pecahan mengikut gred jawatan (mengambil kira gaji pokok sahaja):
    Gred Kelayakan Minimum Skim

    Perkhidmatan

    Jumlah
    Tetap Kontrak
    1-16 Tamat Darjah Enam/PMR/SRP Pelbagai Skim 3526 581
    17-26 SPM/Sijil 2987 1226
    27-40 Diploma/STPM 27 16
      Jumlah 6540 1823
      Jumlah Keseluruhan 8363 orang

    Untuk makluman, anggota Kumpulan Pelaksana (Gred 1 hingga 40) juga menikmati elaun-elaun tetap bulanan seperti berikut:

    1. Elaun Tetap Perumahan (ITP) –           00
    2. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) –           00 – RM220.00 iii)            Bantuan Sara Hidup (BSH)           –           RM150.00 – RM300.00 Jumlah anggaran bulanan –           RM425.00 (minimum)

    RM700.00 (maksimum)

    Selain itu, anggota Kumpulan Pelaksana juga diberikan Kadar Kenaikan Gaji Tahunan berjumlah RM80.00 (minimum) hingga RM180.00 (maksimum) setahun. Secara perbandingannya, hanya sekitar 1,500 orang (6.5%) anggota sahaja yang menikmati emolumen bulanan di bawah kadar RM1,500.00 berbanding 23,000 orang anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di Jabatan / Agensi Negeri Selangor buat masa ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.