Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

15) GAJI MINIMA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah dan bilakah kerajaan negeri akan laksanakan gaji minima bagi semua kakitangan kerajaan negeri?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum berhubung cadangan untuk mengkaji semula penetapan gaji minima yang diperuntukkan kepada semua penjawat awam yang berkhidmat di Jabatan / Agensi Negeri Selangor terutamanya bagi kelompok kakitangan Kumpulan Sokongan. Hakikat ini sememangnya disedari memandangkan kos hidup yang semakin meningkat terutamanya di kawasan bandar.

    Buat masa ini, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) selaku agensi pusat yang bertanggungjawab menyeragamkan hal ehwal berkaitan saraan sedang melaksanakan kajian semula terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) untuk menjadikan Perkhidmatan Awam secara kolektifnya lebih produktif, berinovasi dan berprestasi tinggi. Kajian ini dijalankan hasil keputusan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA XII) yang telah diadakan pada 22 Mac 2011 lalu. Kajian komprehensif ini bukan sahaja meneliti aspek saraan semata-mata, tetapi juga bakal mewujudkan struktur dan sistem yang dinamis bagi menterjemahkan agenda transformasi kerajaan dan ekonomi. Sehubungan itu, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan gaji minimum sebagaimana ditetapkan oleh Sistem Saraan baru yang akan diputuskan kelak.

    Berdasarkan semakan terkini, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan pelarasan kenaikan gaji penjawat awam pada 1 Julai 2007 selaras dengan pemakaian Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007.

    Kadar kenaikan gaji mengikut Kumpulan Perkhidmatan adalah seperti berikut:

    Bil. Kumpulan Perkhidmatan Gred Jawatan Peratus (%)
     
       
    1. Pengurusan Tertinggi Gred

    Utama C ke atas

    7.5
    2. Pengurusan                dan

    Profesional

    Gred 41 hingga 54 15.0
    3. Sokongan I Gred 17 hingga 40 25.0
    4. Sokongan II Gred 1 hingga 16 35.0

    Secara perbandingannya dengan gred kakitangan yang mendapat gaji terendah dalam SSM, Pekerja Awam Gred R1 layak dibayar gaji bulanan berjumlah RM952.51 (merangkumi jumlah keseluruhan gaji pokok dan elaun-elaun yang berkelayakan termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Lampiran

Tiada Lampiran.