Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

159) GAJI MINIMA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pekerja di syarikat milik Kerajaan Negeri yang telah menikmati perlaksanaan gaji minima di Negeri Selangor dan berapakah jumlah dana yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu syarikat Kerajaan Negeri yang tidak berupaya menanggung kos bagi perlaksanaan gaji minima?

    Anak syarikat Negeri Selangor telah pun melaksanakan dasar gaji minima sebanyak RM1,500.00 sebulan selaras dengan keputusan MMKN Bil. 21/2012 bertarikh 6 Jun

     

    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengenal pasti seramai 36 orang anggota yang berpendapatan kurang daripada RM1,500. Sehubungan itu, beberapa kursus telah dirangka untuk disertai oleh anggota-anggota berkenaan bagi memberi kemahiran tambahan kepada mereka bagi memastikan mereka mempunyai pelbagai kemahiran. Dengan adanya kemahiran-kemahiran tersebut, membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas tambahan dan secara tidak langsung telah meningkatkan pendapatan bulanan mereka melebihi tahap gaji minima.

     

    Antara kursus-kursus yang dirangka untuk anggota-anggota berkenaan adalah seperti berikut:-

     

    1. Kursus Khas Petugas Kutipan
    2. Kursus Pengurusan Majlis
    • Kursus Jurukamera dan Video
    1. Kursus Pengurusan Majlis

     

    Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) juga telah pun melaksanakan gaji minima kepada dua (2) orang kakitangan iaitu seorang bagi jawatan Penyambut Tetamu / Operator dan seorang Pembantu Am. Mereka ini bukan hanya melaksanakan tugas-tugas sebagai penyambut Tetamu/ Operator atau Pembantu Am, tetapi telah diberi tugas tambahan dan latihan yang mana dapat menambahkan produktiviti dan kecekapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.