Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

219) Gaji Minima Rm1500 Sebulan – Manifesto Pakatan Harapan

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak PH memerintah Negeri Selangor, pernahkah sebarang usaha , kajian atau penyelidikan di buat untuk memenuhi manifesto tersebut?

    Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menilai dari semasa ke semasa perkembangan ekonomi rakyat dari pelbagai sudut bagi memastikan semua lapisan masyarakat mendapat keadilan dan keprihatinan sewajarnya. Sejak dari awal, manifesto Pakatan Harapan sentiasa dijadikan panduan dalam merangka kebijakan dan polisi untuk manfaat rakyat, namun ianya disesuaikan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kemampuan dan strategi pembangunan Kerajaan Negeri.

    Menjadi hasrat Kerajaan Negeri akan memastikan pelbagai usaha positif dijalankan bagimengukuhkan kebolehan pendapatan rakyat Selangor dipertingkatkan dan diperkukuhkan. Setakat ini Kerajaan Negeri menerima pakai penetapan gaji minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan berkaitan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) berkaitan Perintah Gaji Minimum 2020, yang menetapkan kadar gajiminimum adalah RM1200 untuk 56 kawasan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran, dan RM1100 yang selain darinya.

    Kajian berkaitan hal ini secara tidak langsung telah dijalankan dari semasa ke semasa oleh Institut Darul Ehsan (IDE) dan UNISEL dalam siri-siri Survei yang dijalankan oelh mereka berkaitan Kajian Persepsi Rakyat Selangor, Kajian Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Selangor dan Kajian Kadar Kemiskinan Serta Penetapan PGK Negeri Selangor oleh UNISEL. Hasil dapatan menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri menghasilkan polisi dan rancangan pembangunan yang mapan untuk rakyat Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.