Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

248) GAJI MINIMA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah pekerja Kerajaan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan & Badan Berkanun Negeri yang mendapat gaji dibawah RM1100, iaitu gaji minimum yang dicadangkan oleh Manifesto Pakatan Rakyat?

    1. Berdasarkan rekod yang dikemas kini, jumlah penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun Negeri yang mendapat gaji di bawah RM1,500.00 adalah seperti berikut:

     

    1. Data yang menunjukkan jumlah pecahan mengikut julat gaji (mengambil kira

    gaji pokok sahaja):

     

    Agensi Julat Gaji Lantikan Tetap Lantikan Kontrak
    Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

    (meliputi Pejabat Daerah / Pihak Berkuasa Tempatan

    / Jabatan / Agensi)

    RM0 – RM500.00 0 0
    RM500.01 – RM1000.00 955 576
    RM1000.01 –

    RM1500.00

    5585 1247
     

    JUMLAH

     

    6540

     

    1823

    JUMLAH KESELURUHAN 8363 orang

     

    1. Data yang menunjukkan jumlah pecahan mengikut gred jawatan (mengambil kira gaji pokok sahaja):

     

    Gred Kelayakan Minimum Skim Perkhidmatan Jumlah
    Tetap Kontrak
    1-16 Tamat Darjah Enam / PMR / SRP Pelbagai Skim 3526 581

     

    Gred Kelayakan Minimum Skim Perkhidmatan Jumlah
    Tetap Kontrak
    17-26 SPM / Sijil   2987 1226
    27-40 Diploma / STPM 27 16
    Jumlah 6540 1823
    Jumlah Keseluruhan 8363 orang

     

    Untuk makluman, anggota Kumpulan Pelaksana (Gred 1 hingga 40) juga berkelayakan menikmati elaun-elaun tetap bulanan seperti berikut:

    • Elaun Tetap Perumahan (ITP) –         RM180.00
    • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) –          RM95.00 – RM220.00
    • Bantuan Sara Hidup (BSH) –    RM 150.00 – RM300.00

    Jumlah anggaran bulanan                                  –           RM425.00 (min) RM700.00 (maks)

    Selain itu, anggota Kumpulan Pelaksana juga diberikan Kadar Kenaikan Gaji Tahunan berjumlah RM80.00 (minimum) hingga RM180.00 (maksimum) setahun. Secara perbandingannya, hanya sekitar 1,500 orang (6.5%) anggota sahaja yang menikmati emolumen bulanan di bawah kadar RM1,500.00 berbanding 23,000 orang anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di Jabatan / Agensi Negeri Selangor buat masa ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.