Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

40) GAJI MINIMUM

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kepada agensi manakah ianya dilaksanakan?

    Pelaksanaan gaji minimum di Selangor, yang diumumkan setakat ini hanya merangkumi :

    • Syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan negeri Selangor
    • Syarikat tersebut mestilah dalam keadaan stabil

    Syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor terlibat dalam dasar baru kerajaan negeri Selangor ini, antaranya ialah :

    • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    • Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)  Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)  Worldwide Holdings Bhd.

    Selepas dilihat berjaya, dasar ini akan diperluaskan kepada syarikat-syarikat yang lain pula.

    Buat masa ini, kakitangan kerajaan negeri masih belum boleh merasai dasar tersebut  kerana ia tertakluk di bawah kerajaan persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.