Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

319) GAJI MINIMUM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan gaji minimum dengan sepenuhnya?

    Dalam usaha melaksanakan gaji minimum sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Manifesto Kerajaan Rakyat, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan latihan-latihan pembangunan kemajuan kerjaya kepada semua Penjawat Awam Negeri Selangor. Ini bertujuan bagi melahirkan Penjawat Awam yang kompeten dan mempunyai nilai tambah agar lebih kompeten untuk menyandang jawatan-jawatan yang lebih tinggi demi kemajuan kerjaya di masa akan

     

    Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), anggota Kumpulan Pelaksana (Gred 1-40) diberikan kelebihan untuk dinaikkan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) selepas 13 tahun berkhidmat. Secara tidak langsung, inisiatif ini mampu meningkatkan jumlah emolumen bulanan dan motivasi kerja anggota yang berkenaan. Pelaksanaan perkara ini diperjelaskan melalui surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bertarikh 14 Mei 2009.

     

    Berdasarkan penerimaan pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013, gaji minimum anggota perkhidmatan awam secara keseluruhannya telah dinaikkan dengan mengambil kira perkembangan keadaan ekonomi semasa. Selain itu, kelayakan minimum pelantikan anggota perkhidmatan awam juga telah dinaikkan ke Penilaian Menengah Rendah (PMR) daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.