Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

190) GAJI PENYELIA PWB, KPMI SERTA GURU-GURU TUISYEN RAKYAT

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah gaji penyelia PWB, KPMI serta Guru-guru tuisyen rakyat tidak diselaraskan tarikh pembayaran mengikut gaji kakitangan awam Kerajaan Negeri Selangor?

    Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) dilantik melalui Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) atau lebih dikenali sebagai contract for service. Terdapat perbezaan antara lantikan secara SPS dengan Skim lantikan yang lain berdasarkan Garis Panduan yang diedarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kepada semua jabatan bertarikh 30 April 2009.

    Garis Panduan tersebut antara lain menyebut tentang status perkhidmatan SPS seperti berikut:

    • Pelantikan tidak menjadikan individu tersebut sebagai seorang pegawai awam dan pelantikan SPS merupakan kontrak pembelian perkhidmatan daripada seseorang individu oleh kerajaan;

     

    • Pelantikan ini tidak layak untuk dijadikan asas untuk menyokong permohonan supaya dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract of service);

     

    Merujuk kepada garis panduan pelantikan KPMI secara SPS itu, Jabatan tidak terikat untuk memastikan pembayaran elaun KPMI dan guru-guru mengikut gaji kakitangan awam Kerajaan Negeri Selangor. Pembayaran elaun KPMI dan guru-guru akan dibuat selepas jabatan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan melalui laporan yang dikemukakan secara bulanan.

Lampiran

Tiada Lampiran.